nak cerita pasal cake nie.... buat dah dua tiga hari lepas...sedap sangat2.....
Russian white and black chocolate cake |
nak cuba?????
jom tengok resepinya.....
jom tengok resepinya.....
Russian white and black cake…(resepi daripada Noor Dz Salleh..)
Bhn Adunan Kek (boleh guna mane2 resepi chocolate moist cake)
Bhn A
1 1/2 cwn serbuk koko
1 cwn air masak
1/2 cwn gula halus
Bhn B
2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 cwn gula halus
1sb ovalete
250g mentega
5 biji telur A
- satukan bahan A - pukul sekejap dgn mixer - ketepikan
- pukul mentega + gula hingga kembang
- masuk ovalete + telur satu persatu sambil pukul sebat
- masuk bahan A tadi - pukul sebati
- masuk tepung - pukul sebati
- bakar 160C@45minit
- sejukkan
Bahan Cream Cheese
500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising
1sb nescafe
- pukul cream cheese + mascarpone + gula aising hingga lembut
- masuk serbuk indocafe - pukul sebati
Bahan Chocolate Ganache untuk filling dan topping
250ml fresh cream
600g dark chocolate - potong kecil
- double boiler fresh cream hingga berbuih tepi kuali,masukkan dark chocolate,kacau hingga chocolate cair- tutop api
- asingkan separuh adunan untuk dicurah atas kek
- masuk 1/2 lg dalam piping bag..sejukkan sebentar dlm peti ais (untuk filling)
- potong kek kepada 4 layer
- letak layer pertama atas cake board,kemudian picitkan cream cheese membentuk bulatan dari bahagian tepi kek
- kemudian picitkan pula chocolate ganache membentuk bulatan di sebelah lingkaran cream cheese tadi
- diikuti cream cheese,kemudian chocolate ganache sehingga sampai k tengah kek
- kemudian letak layer kek yg k2...picitkan chocolate ganache dari tepi kek diikuti cream cheese,kemudian chocolate ganache hingga sampai ke tengah kek
- letak pula layer kek yg k3..picitkan cream cheese diikuti chocolate ganache hingga ke tengah kek
- kemudian letak layer kek yg k4..sapukan lebihan cream cheese keseluruhan kek,sejukkan dlm peti ais dlm 20 minit supaya cream cheese mengeras sedikit
- tuang baki chocolate ganache yg telah diasingkan tadi dari bahagian tengah atas kek...biar ganache meleleh... sejukkan didalam peti..
Jom baking..................sedap bangat......
No comments:
Post a Comment